Wednesday 27 March 2013

KEMATIAN itu BUKAN SANDIWARA


Tanggal 27 Mac 2013, bermakna setahun sudah perginya seorang insan yang aku gelar sebagai seorang NENEK. Seorang insan yang tiada siapa boleh menggantikannya, lebih-lebih lagi KUASA KASIH SAYANGNYA yang terlalu utuh dan kuat terhadap diri ini. Yang tiada pernah luntur dalam ingatan ini adalah DIDIKANNYA yang penuh berjiwa dan releven. Masakan ke hari ini aku masih berpegang kepada NASIHAT dan PEGANGANNYA. Kalau diikutkan akal yang kurang waras, sememangnya AKU MASIH MENYESAL dan ingin dia DIHIDUPKAN KEMBALI, namun akal yang waras ini menemplak segalanya. Lantas diri ini perlu redha dengan kehendak-Nya. Mahu tidak mahu insan itu tiada kembalinya di sisi ini. Hanya doa dan harapan aku kirimkan. 

Sebagai manusia yang tahu, akan aku pastikan dan sematkan dalam diri ini yang KEMATIAN itu DEKAT dan PASTI. Tiada siapa yang terlepas darinya. Dahulunya bila sebut sahaja KEMATIAN, aku menjadi TAKUT dan GUNDAH. Tetapi lama-kelamaan perasaan itu hilang kerana KEMATIAN sememangnya menjemput manusia tidak kenal waktu, usia, dan masa. Andai ditakdirkan kematian itu semakin hampir, kita perlu redha dan terima sebagusnya. Tidak perlu lari dari KEMATIAN itu, kerana ia pasti menjelma tiada seperti JEMPUTAN WALIMATULURUS. Ia juga bukan suatu JENAKA, LAWAK, SANDIWARA, PENIPUAN dan OMONGAN KOSONG. Cuma, persoalan-persoalan di bawah seringkali mengganggu fikiran:
1. Apakah cukup amalan yang dilakukan di atas muka bumi ini?
2. Apakah dosa yang dilakukan telah terhapus dan diampunkan PENCIPTA S.W.T?
3. Apakah sudah puas ku mencapai KEJAYAAN, ILMU, JASA dan AMANAH di dunia ini?
4. Bagaimana MASA HADAPAN, HARAPAN, CITA-CITA yang dididamkan?
5. soalan yang paling PERLU DIFIKIRKAN, bagaimanakah caranya kita MATI?KHUSNUL khatimah atau SU'UL khatimah?

Banyak lagi persoalan bermain di minda ada ketikanya, seolahnya KITA tidak bersedia lagi untuk berhadapan dengan KEMATIAN. Itulah sebabnya manusia itu perlu mengimbangi akal dengan ilmu yang ada walau sedikit. Seperti JANJI ALLAH:






Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah Ali-Imran: 185)







Dan ingatlah, Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan. (Surat Al-Munafiqun: 11)


Semoga dengan ayat tersebut menjawab segalanya. Tiada huraian dan penjelasan jika akal yang ada ialah akal yang TIADA DANGKAL.