PdP




PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Implementasi PPBK bermaksud bagaimana melaksanakan penggunaan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:

• berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran
• memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan
• meningkatkan motivasi murid
• membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning )
• membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
• membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau terlalu
mahal untuk dikumpul
• mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
• membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal,
mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa
• meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
• memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima
• meningkatkan kemahiran ICT 


SYARAT UNTUK MEMANFAAT PPBK 


Untuk memperoleh manfaat penggunaan komputer dalam P&P, perkaraperkara berikut perlu diberi perhatian :
 
       • Pengunaan PPBK perlu dirancang dengan baikbukan secara bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengankurikulum 
       • Guru mesti menggunakan PPBK bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk
menyokong sesuatu pendekatan P&P
       • Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai


KEFAHAMAN KONSEP P & P BERASASKAN MOD  


Mod 
atau pendekatan yang diperkenalkan untuk  melaksanakan PPBK merupakan satu pendekatan untuk memudahkan guru - guru mengaplikasikansatu proses P&P yang melibatkan teknologi dengan lebih terancangKonsep penggunaan PPBK boleh dikategori sebagai :

a) Tutorial
b) 
Aplikasi
c) 
Penerokaan ( Eksploratori )
d) 
Komunikasi 

KESIMPULAN

Melaksanakan PPBK merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru,pelajar dan semua pihakSekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu danketrampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaranUntuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisipelanpembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utamaSokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihatsebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.








No comments:

Post a Comment